Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Iblis Cemburui Nabi Adam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, November 18, 2009 0 comments


Nabi Adam diciptakan Allah di dalam syurga. Di situ Nabi Adam tinggal bersama pasangannya, Hawa. Iblis yang memang membangkang akan kehadiran Adam di syurga menyimpan dendam kesumat yang tidak sudah-sudah untuk menghancurkan kehidupan Nabi Adam. Dia tidak reda mengganggu sehinggalah Adam tersingkir dari Syurga.

Iblis menunggu-nunggu peluang untuk merosak dan menyesatkan Nabi Adam dan Hawa. Peluang yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Iblis tahu bahawa dia sukar untuk mempengaruhi Nabi Adam. Oleh itu jalan terbaik ialah dengan mempengaruhi Hawa supaya mengikut pujukannya. Jika perangkap ini berhasil, iblis percaya Hawa akan pula mempengaruhi Adam dan akhirnya Adam akan terperangkap.

Setelah memasang strategi, Iblis tanpa berlengah lagi memulakan perancangannya. Sambil duduk berhampiran pokok khuldi, Iblis pura-pura menangis teresak-esak. Hawa tidak sedar tipu muslihat iblis. Melihat keadaan yang terharu itu, Hawa menjadi kesihan lalu menghampiri Iblis sambil bertanyakan gerangan apa yang ditangisinya. Sang Iblis mula memasang perangkap dengan mengatakan dia menangis kerana bersimpati dengan Adam dan Hawa yang dilarang dari memakan buah khuldi. Katanya jika Adam dan Hawa memakan buah khuldi itu, mereka akan terus kekal di syurga. Tambahan pula rasa buah khuldi itu amat lazat.

Mendengar kata-kata 'nasihat' itu, Hawa menjadi ragu-ragu dan akhirnya percaya apa yang didengarnya. Apabila berjumpa Nabi Adam, Hawa dengan gaya memujuk mula merayu agar memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah. Walaupun pada mulanya Nabi Adam takut untuk melanggar larangan Allah, namun setelah berkali-kali dipujuk dengan kata-kata yang lunak, akhirnya mengalah. Mereka berdua menghampiri pokok khuldi dan Hawa terus memetik buah itu lantas memakannya. Perbuatannya diikuti oleh Nabi Adam.

Sebaik saja mereka memakan buah khuldi, pakaian syurganya mula tanggal. Allah mencela perbuatan mereka. Barulah ketika itu, Nabi Adam sedar akan ketelanjurannya melanggar perintah Allah. Mereka berdua menyesal dan bertaubat tidak akan melanggar lagi perintah Allah. Permohonan Nabi Adam diterima Allah namun harapannya untuk terus tinggal di syurga hancur. Allah memerintahkan mereka berdua turun dari syurga yang penuh dengan segala kenikmatan ke bumi yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan.

Bermula dari detik inilah, maka wujudnya generasi Adam hinggalah ke hari ini. Kita adalah dari keturunan Nabi Adam. Kita dihidupkan di dunia buat sementara waktu untuk diuji siapa di antara kita yang baik amalannya. Sekiranya kita lulus ujian ini, kita akan dikembalikan semula ke syurga. Sebaliknya jika gagal mematuhi perintah Allah, kita akan dicampakkan ke dalam neraka yang penuh dengan azab.

Sebagai penutup, sama-samalah kita muhasabah diri kita sejauh manakah kita menjalani liku-liku hidup ini. Adakah kita berjaya di dalam ujian ini atau sebaliknya? Tidak ada daya dan kuasa mematuhi perintahNya kecuali dengan pertolongan Allah. Sama-samalah kita bermohon semoga kita sentiasa di dalam pemeliharaanNya. Amin..

MORAL & IKTIBAR

* Manusia termasuk diri kita adalah dari keturunan Nabi Adam.

* Kita adalah sebaik-baik makhluk yang dijadikan Allah sehingga dicemburui oleh Iblis

* Iblis adalah musuh kita yang nyata. Dia tidak akan leka walau seminit untuk menyesatkan kaum manusia sebagaimana dia telah menyesatkan datuk dan nenek kita dahulu.

* Iblis telah berjanji sejak azali lagi untuk memesongkan manusia dari aqidah sebenar yang dibawa oleh agama Islam.

* Sifat dendam, hasad dan dengki adalah sifat syaitan yang sepatutnya kita jauhi.

* Syaitan mempunyai strategi yang amat halus untuk mengalahkan manusia. Mereka tidak ada kerja lain kecuali memasang perangkap yang sangat sesuai dengan diri dan nafsu kita. Oleh sebab kita yang sememangnya sibuk dengan urusan dunia dan kehidupannya terlupa akan musuh yang siap sedia memerhati kelemahan kita supaya dapat ditipunya.

* Manusia harus siap-siaga melawan pengaruh dan tipu-helah syaitan kerana dia nampak kita tetapi kita tidak dapat melihatnya. Kebiasaannya orang yang nampak musuhnya amat senang mengalahkannya tetapi kita yang tidak dapat melihatnya memang sukar menepis pukulannya. Sungguhpun begitu kita mempunyai senjata yang amat berkesan iaitu mengingati dan menyerah diri kepada Allah yang menjadikan kita dan juga dia.

* Perempuan adalah dari golongan lemah yang mudah ditawan oleh syaitan. Semasa Nabi Muhammad saw mikraj ke langit, Allah memperlihatkan ramai penghuni neraka adalah dari kaum perempuan.

* Berjaga-jaga dengan kaum perempuan kerana mereka mempunyai potensi untuk merosakkan kehidupan kaum lelaki. Kaum lelaki yang menjadi ketua kaum wanita mesti menjaga mereka sebaiknya supaya mereka tidak menjadi perosak masyarakat dan kemanusiaan amnya.

* Tempat asal manusia ialah syurga. Oleh itu perlulah kita berusaha supaya dapat kembali ke tanah asal kita di sana.

* Peristiwa yang dialami oleh Adam dan Hawa sebenarnya adalah satu sebab yang Allah jadikan supaya generasi manusia berkembang dan membiak di muka bumi ini. Tujuannya tidak lain hanya untuk menjalani satu hukuman dan melihat sejauh manakah kita menginsafi diri dalam menjalani proses pengabdian kepada Allah.

* Pujukan manis dari sesiapa saja sepatutnya jangan diterima dengan senang hati kerana kemungkinan ada udang di sebalik batu.

* Kemungkinan sekali orang yang merosakkan diri kita ialah terdiri daripada mereka yang hampir dengan diri kita iaitu isteri dan anak-anak.

* Manusia mudah lupa kepada musuhnya iaitu iblis tapi iblis dan syaitan tidak pernah melupai kita.

* Sekiranya kita sesat di hujung jalan, kita masih berpeluang untuk balik ke pangkal jalan. Selagi nyawa belum sampai di khalqum, kita masih boleh bertaubat. Insyallah taubat kita akan diterima Allah jika benar-benar kita insaf dan tidak mahu mengulangi kesalahan tersebut.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

9 Jenis Pembaziran

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Ibnu al-Qayyim al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mengawal Marah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Apakah punca perasaan marah dan cemburu?

Bagaimana pula cara untuk mengawal perasaan tersebut? Adakah terdapat sebarang zikir atau ayat yang boleh dibaca bagi mengatasi perasaan marah?

Setakat manakah seorang isteri boleh bersikap cemburu?

Jawab:
Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka, apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk."
(HR Abu Daud)

Itulah punca marah. Punca cemburu? Sebab kita kasih dan cinta kepada seseorang. Cinta membuahkan rasa cemburu(ghairah). Cemburu terhadap agama adalah wajib hukumnya. Bagaimana jika agama ini dipersenda-sendakan. Syariat Islam dileceh-lecehkan. Nabi Muhamad s.a.w. dihina-hina. Kemungkaran berlaku di depan mata. Murtad berlaku di sana-sini?

Kalau kamu tidak ada perasaan apa, itu tandanya kamu tidak ada sifat cemburu langsung pada agama kamu. Tidak ada sifat cemburu bermakna kamu tidak kasih pada agama ini. Jika kamu bereaksi tertentu termasuk marah dsbnya adalah tanda kamu ada sifat cemburu pada agama kamu. Itu tandanya kamu kasih pada agama ini.

Dulu, jika anak perempuannya menconteng arang ke muka orang tuanya dengan melakukan zina, mau saja anak itu tembus perutnya dirodok parang pendek atau golok. Itu cemburu namanya...

Ada anak-anak perawan yang murtad, kamu jadi susah hati. Kamu jadi marah. Kamu ambil langkah yang sewajarnya berdasarkan bidang dankemampuan masing-masing, itu cemburu namanya. Kamu kasih kepada agama kamu. Kalau kamu tidak ada apa-apa. Kalau kamu jadi bodoh seperti orang yang kena pukau. Iman kamu perlu dikoreksi kembali. Kamu tidak ada sifat cemburu pada agama kamu.


Jika isteri bersifat cemburu kepada suaminya, itu adalah wajar. Puncanya ialah cinta dan kasih. Cinta membuahkan cemburu. Cemburu pula melahirkan kemarahan. Tidak semua cinta itu terlarang. Tidak seluruhnya cemburu itu dibenarkan. Tidak semestinya kemarahan itu berfaedah.

Tiada cinta, tiadalah cemburu. Dan orang yang tiada sifat marah langsung adalah ibarat keldai. Orang yang pemarah adalah orang membiarkan syaitan menguasai dirinya.

Gunakanlah pertimbangan akal. Berjalanlah atas lorong-lorong kesederhanaan.Sematkanlah cinta, cemburu dan marah pada tempatnya masing-masing.

Isteri wajar sahaja bersikap cemburu asal sahaja ada landasannya. Asal saja bertempat. Asal saja
bersederhana. Jika tidak bersikap begini si isteri akan menuduh macam-macam kepada suami, sangka-sangka buruk yang terlarang akan bermunculan. Rumahtangga akan berantakan.

Sabdanya lagi: "Bukanlah orang yang gagah perkasa itu orang yang pandai bergusti, hanyasanya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika sedang marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

Rasulullah pernah menganjurkan doa kepada Aisyah r.a.: "Ya Allah, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lindungilah aku dari syaitan."
(HR Ibnu
Sunni)

Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan agar orang yang sedang marah berwuduk.
(lihat HR Abu Daud)

Wallhu a'lam

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 66 comments



cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehhee



HINGGA SEKARANG..BELUM ADA YANG MENJAWAB BETUL..ADMIN CABAR NI!!!...SAHUT CABARAN NI


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tahukah Anda

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter