Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, October 28, 2009 2 comments





cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehhee

TUTUP..
DAH DIJAWAB..
SYABAS DAN TAHNIAH!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Anak Perempuan Pendinding IbuBapa Daripada Api Neraka

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


DALAM Islam tiada satu keadaan di mana ibu bapa boleh membuang anaknya. Tetapi inilah yang sering berlaku terutama apabila ibu itu melakukan sesuatu kesalahan yang memalu atau menjatuhkan maruah serta nama baik keluarga.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengambil perhatian dan tanggungjawab terhadap anak perempuan dan cucu yang bakal lahir itu.


Jangan kerana malu ibu bapa sanggup untuk tidak mengaku perempuan itu anak mereka. Dengan melakukan ini, ibu bapa bukan saja menjejaskan masa depan anak mereka, malah cucu dalam kandungan. Ingatlah, Islam mengajar kita bahawa anak itu juga adalah ujian dan jika kita diuji dengan keadaan ini, bersabar dan redalah.

Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud: �??Barang siapa mendapat susah lantaran anak-anak perempuan, tetapi dia berlaku baik terhadap mereka, pada hari kiamat mereka akan menjadi pendinding baginya daripada api neraka.�?� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sukar untuk membayangkan anak perempuan yang terlanjur itu dapat menyelamatkan ibu bapa daripada api neraka. Namun jika dengan pengalaman itu, dia insaf dan bertaubat dan Allah menerima taubatnya, malah menggerakkan hatinya untuk menjadi seorang wanita salih, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Sebaliknya, bayangkan jika ibu bapa �??membuang�?? anaknya. Akibat kebuntuan, anak itu membunuh bayinya. Tidakkah ibu bapa juga akan menerima tempias daripada dosa yang dilakukannya itu?
Satu lagi penyelesaian yang biasa dibuat ialah menunggu kelahiran bayi dan menyerahkan kepada orang lain. Ini satu lagi penyelesaian yang tidak patut dilakukan. Dengan memberi bayi itu kepada orang lain, kita memutuskan hubungan silaturahim dengan keluarga asalnya. Islam melarang perbuatan ini.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda bermaksud, �??Tidak ada perbuatan yang lebih cepat pahalanya daripada mempereratkan tali persaudaraan dan tiada dosa yang lebih pantas disegerakan oleh Allah seksaannya di dunia, di samping seksaan yang disimpan di akhirat melebihi daripada berbuat aniaya dan memutuskan tali persaudaraan.�?�

Langkah memberi bayi tidak sah taraf kepada orang lain perlu dihentikan kerana ia meninggalkan kesan lain, seperti menafikan hak bayi itu sebagai seorang individu yang perlu tahu siapa asal-usulnya, siapa keluarga asalnya dan haknya terhadap harta sekiranya ibunya meninggal dunia. Tindakan itu mungkin menyelesaikan masalah ibu atau keluarganya, tetapi akan mengundang banyak masalah lain dari segi agamanya yang akan dipertanggungjawabkan kepada kita pada akhirat kelak.

Tanggungjawab yang diberikan kepada keluarga perempuan dalam isu anak tidak sah taraf menunjukkan bahawa tugas membesarkan anak perempuan bukan mudah. Oleh itu, ibu bapa dan ahli keluarga perlu benar-benar memastikan agar ahli keluarganya yang perempuan diberi didikan agama dan moral secukupnya.

Pepatah Melayu yang menyebut �??lebih senang menjaga kerbau sekandang daripada anak perempuan seorang�?? amat releven dalam konteks ini.
Berikut adalah beberapa penyelesaian yang mungkin boleh diambil untuk menangani isu ini, demi kebajikan wanita dan anaknya.

Pertama, si ibu jika mahu meneruskan kandungannya (dalam Islam, ia tiada pilihan, sebenarnya) dan jika mahu anak itu membesar seperti bayi lain (dia juga tiada pilihan lain, sebenarnya), perlu tahu bahawa kelahiran anak itu perlu didaftarkan.

Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana Jabatan Pendaftaran Negara tidak akan menolak permohonan mereka untuk mendaftarkan anak itu.

Ibu ini (dan keluarga mereka) juga harus sedar bahawa mereka tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memutuskan silaturahim dengan anak itu.

Kedua, jika wanita itu berkahwin dengan pasangannya sekalipun, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Di antaranya ialah anak itu tidak boleh dibin atau dibintikan kepada lelaki itu, perkara berkaitan dengan aurat, air sembahyang, perwalian dan pusaka.

Ketiga, masyarakat perlu disedarkan agar mempunyai sikap yang betul terhadap ibu dan anak tidak sah taraf. Kita walaupun perlu membenci perzinaan, Islam mengajar kita menjadi pemaaf supaya suasana yang harmoni dapat wujud dalam masyarakat. Kita tiada hak untuk menghina anak tidak sah taraf kerana kelahirannya adalah sesuci bayi lain.

Keempat, tanggungjawab nafkah dan penjagaan anak itu pula terletak di bahu wanita dan keluarganya. Oleh itu, ibu bapa, ahli keluarga dan wanita itu sendiri perlu tahu mengenai hal ini.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kenapa Kita Diuji?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'


-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'

- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '

- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'

- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). '


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'

- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu ' min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '
- Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mengapa Doa Tidak Makbul

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Islam menyuruh penganutnya supaya selalu bermohon kepada Allah s.w.t. Setiap do'a yang terbit dari hati yang tulus ikhlas akan diperkenankan oleh Allah Yang Maha Pemurah. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud : "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku (Allah) maka (jawablah) bahawa Aku ini hampir. Aku memperkenankan do'a orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik.

Ramai manusia mengeluh bahawa doa'nya masih belum diperkenankan Tuhan. Setiap pagi dan malam dia menadahkan tangan bermohon kepada Allah tetapi apa yang dimintanya tidak kunjung tiba. Timbul pertanyaan di dalam hatinya : "Kenapakah permohonannya itu masih belum dikabulkan Tuhan?" Jarang orang yang berusaha untuk melakukan penelitian apakah sebab-sebabnya.

Pada hakikatnya sebab-sebab itu banyak terletak pada diri si pemohon itu sendiri. Kerana salah satu syarat yang penting untuk mendapat pengkabulan do'a dari Ilahi haruslah do'a itu disertai denagn hati yang khusyuk, bukan berdo'a hanya di mulut sahaja. Tidak ada ertinya mulut yang kumat kamit sehingga kering tekak tetapi hati menerawang ke alam lain, jiwa tidak khusyuk mengadap Ilahi. Dalam salah satu hadis dijelaskan bagaimana sifat dan bentuk do'a yang diperkenankan Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Apabila kamu meminta kepada Allah bermohonlah dalam keadaan kamu yakin sepenuhnya akan dikabulkan Tuhan. Allah tidak memperkenankan do'a seorang hamba yang hatinya lalai."

Dari hadis tersebut, ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. supaya setiap orang yang berdo'a harus yakin bahawa do'anya akan diperkenankan Tuhan sama ada segera atau lambat. Yakin itu akan timbul apabila seluruh jiwa dan raga dipusatkan mengadap Ilahi.

Salah seorang ulama sufi yang terkemuka iaitu Ibrahim Bin Adham yang hidup pada abad kelapan, pernah memberikan huraian tentang sebab-sebab do'a seseorang tidak diperkenankan Tuhan. Tatkala berkunjung ke Basrah, beliau menerima pertanyaan dari sebahagian penduduk : "Kenapakah nasib kami masih belum berubah, pada hal kami selalu berdo'a, sedangkan Allah menjanjikan dalam al-Qur'an akan memperkenankan do'a setiap orang yang bermohon? Ibrahim Bin Adham memberikan jawapan bahawa sebab-sebabnya ada 10 macam, iaitu:

Yang pertama :

Kamu tidak menunaikan hak-hak Allah. Kamu kenal Allah tetapi tidak memenuhi hak-haknya. Hak Allah s.w.t. yang paling utama ialah untuk disembah. Setiap orang wajib mensyukuri nikmat yang dilimpahkan Allah kepadanya dengan jalan menyembahnya dengan sebenar-benar erti ibadah. Bagaimanakah Tuhan akan memperkenankan do'a seseorang hamba kalau Tuhan mengatakan supaya dia berjalan ke kanan tapi masih ditempuhnya jalan ke kiri.

Kedua :

Kamu tidak mengamalkan isi al-Qur'an. Kamu senantiasa membaca al-Qur'an tapi tidak kamu amalkan isi-isinya. Kitab Suci al-Qur'an senantiasa dibaca, dilagukan dengan bermacam-macam lagu tetapi isinya tidak dipelajari dan dihayati. Kalau pun ada satu dua ayat yang dapat difahamkan tidak pula diamalkan bahkan kadang-kadang sengaja dilanggar.

Ketiga :

Kamu tidak mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Kamu selalu mendakwa cinta kepada Rasulullah s.a.w. tapi kamu tinggalkan sunnahnya. Rasulullah s.a.w. menunjukkan jalan yang lurus tapi tidak sedikit manusia yang memilih jalan yang bengkok. Kadang-kadang ada juga yang katanya mengikuti Sunnah Rasul tapi apa yang dikerjakannya itu bertentangan dengan apa yang dilakukan atau digariskan oleh Rasulullah s.a.w., masih lagi mengikuti perkara-perkara khurafat yang bukan dari al-Qur'an atau as-Sunnah yang sahih.

Keempat :

Kamu patuh kepada syaitan. Kamu sentiasa menyatakan bermusuh dengan syaitan tapi kamu patuhi dia. Syaitan itu adalah musuh manusia yang selalu berusaha menjatuhkan anak Adam ke lembah kehinaan dengan jalan mempengaruhi nafsu manusia yang jelek. Dalam pergaulan hidup sehari-hari kebanyakkan manusia berlutut kepada syaitan dengan memperturutkan hawa nafsu yang buruk. Seharusnya manusialah yang menguasai nafsunya dan dengan sikapnya itu dia akan berjaya mengalahkan godaan syaitan.

Kelima :

Kamu menerjunkan diri sendiri ke jurang kebinasaan. Kamu selalu berdo'a supaya terhindar dari api neraka tapi kamu lemparkan dirimu sendiri ke dalamnya. Iaitu kebanyakkan manusia ingin memasuki pintu kebahagiaan tapi sebaliknya dia sendiri seolah-olah mengunci pintu itu. Dia tidak mahu mengerjakan kebajikan tapi selalu bergelumang dengan perbuatan dosa dan maksiat.

Keenam :

Ingin masuk Syurga tapi tidak beramal. Iaitu kamu berdo'a untuk masuk Syurga tapi kamu sendiri tidak beramal untuknya.

Ketujuh :

Sedar akan mati tapi tidak bersiap-siap untuk menghadapinya. Kamu mengatakan bahawa kematian itu pasti datang tapi tidak pula mempersiapkan diri menghadapinya. Kamu mengakui dan insaf bahawa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja sedangkan hidup yang abadi ialah di akhirat kelak, namun demikian kamu tidak mengerjakan amal soleh yang akan menjadi anak kunci membuka pintu kehidupan yang abadi itu.

Kelapan :

Kamu melihat cacat orang lain, cacat sendiri tidak nampak. Kamu sibuk memikirkan dan mengurus aib saudara-sudaramu, tapi kamu tidak melihat aib kamu sendiri . Orang yang demikian selalu menuding jari kepada orang lain tapi amat jarang menghadapkan telunjuknya ke dadanya sendiri.

Kesembilan :

Kamu mengecap nikmat tetapi tidak bersyukur. Kamu makan nikmat Ilahi tapi kamu tidak bersyukur atas kurnia itu. Sejak kecil manusia menikmati nikmat Ilahi dan beratus-ratus kurniaan yang lainnya tapi tidak berterima kasih, malah kadang-kadang membangkang menunjukkan sikap bongkak dan lupa daratan.

Kesepuluh :

Kamu menguburkan jenazah tapi tidak menginsafkan diri. Kamu turut menguburkan orang yang mati tapi kamu sendiri tidak mengambil iktibar dari peristiwa itu. Iaitu kalau ada orang yang meninggal dunia kamu selalu tidak ketinggalan turut menghantar jenazah itu sampai ke kubur, tapi malang sekali jarang kamu mengambil pelajaran dari kejadian itu, bahawa apabila hari ini kita turut menghantar orang ke kubur, mungkin esok lusa kita sendiri akan dihantar orang.

Demikianlah sepuluh sebab mengapa do'a seseorang itu tidak diperkenankan Allah menurut butir-butir hikmah Ibrahim bin Adham. Ini seharusnya mengetuk pintu hati setiap mukmin untuk membuat penilaian dan mengenal diri sendiri. Moga-moga Allah menjadikan kita orang-orang mukmin yang melaksanakan kewajipan-kewajipan kita dengan ikhlas dan yakin.

Semoga sama-sama kita fikirkannya... ... ... ...

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter