Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Pertemuan Dan Perpisahan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, September 13, 2009 0 comments

Adanya perpisahan...
Kerana adanya pertemuan...
Jadi yang mana perlu disalahkan antara pertemuan dengan perpisahan??

Tiada pertemuan tiada juga perpisahan.Tapi dalam kehidupan, kita tidak boleh mengelak diri dari pertemuan dan perpisahan kerana ianya adalah lumrah kehidupan bermula sejak kita lahir dimuka bumi ini..

Pertemuan itu adakalanya membahagiakan. Dan adakalanya kita menyesali mengapa terjadinya pertemuan. Kerana pertemuan itu hadir beriringan dengan perpisahan. Biarpun perpisahan itu hadir tanpa diminta kehadirannya..

Tapi, adakalanya perpisahan itu membuatkan hati kita bahagia tak terhingga kerana ia membuatkan jiwa yang sering dilukai berakhir jua saatnya..

Pertemuan dan perpisahan mempunyai hikmahnya tersendiri. Dan sebagai insan biasa, kita harus redha kepadaNya. Dan kita harus bersedia untuk terus menanti sebuah pertemuan lagi. Biarpun penantian itu adalah satu penyiksaan.

Dan kita jangan lupa diakhirnya akan berlaku sebuah perpisahan yang akan kekal abadi untuk selamanya......

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Riak

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Setiap kali selesai sembahyang, berdoalah pada Allah supaya dijauhkan dari sikap riak. Kita semua perlu kena terima hakikat dan tak boleh mengelak dari bersikap riak sebab ia adalah ego diri kita.

Ego wujud sejak kita kecil, mahukan kita supaya dihormati dan disanjungi. Kerana itu, kita akan terdorong untuk menunjuk-nunjuk, menipu dan merendah-rendahkan orang supaya kita nampak hebat. Kita riak supaya orang hormat kita, respek kita.

Sikap riak tak boleh dibuang tapi hanya boleh dikawal. Apa saja sikap, ianya berkait dengan emosi dan semua emosi berkait dengan hati. Oleh kerana itu, kita kena bijak mengawal hati.

Bersihkan hati selalu dengan rasa bersyukur dan jaga hati selalu dengan rasa cinta. Mungkin, kita ada tanda-tanda kekotoran hati tanpa kita sedari. Orang-orang berjaya mengawal sikap riak dengan membantu orang lain rela hati tanpa mengharap apa-apa balasan.

Mereka terus menerus memberi tanpa pernah meminta balasan kerana mereka tak mahu sikap riak terus menguasai diri mereka. Tiada apa yang perlu dibangga-banggakan dengan melampau-lampau sedangkan ianya itu datang dari orang sekeliling.

Kebanyakan orang yang berjaya mencapai tahap kejayaan adalah kerana bantu orang di sekeliling. Ini kerana, orang sekelilinglah yang menjadi pelanggan mereka, pembeli, pendengar, penonton, pembaca, pengguna dan penyokong mereka.

Kurang wajar jika seorang pemimpin bersikap riak kerana orang sekeliling boleh meruntuhkan kejayaannya dalam sekelip mata. Seorang artis tak patut bersikap riak kerana setiap seorang dari ribuan peminatnya boleh menjatuhkan dia dalam sekelip mata juga, dalam situasi yang tak disangka-sangka.

Untuk kita berjaya, kita kena kawal sikap riak. Banyakkan memberi dengan ikhlas, biar ikhlas yang lahir dari hati bukan ikhlas yang dilakonkan, barulah riak tidak diserap menjadi sikap diri kita.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Persahabatan VS Percintaan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada. Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan. Tanpa persahabatan, PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan, PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..

SELALUNYA kita tidak menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita. Oleh itu hargailah dengan sepenuh hati..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Senyuman

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda ‘tidak siuman’. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan ‘wajah senyum’ yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaan sedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Menilai Erti Kecantikan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Persoalan tentang kecantikan telah lama menjadi perbualan di kalangan tokoh-tokoh falsafah terdahulu,antaranya termasuklah Socrates dan Plato.Socrates menyatakan kecantikan adalah suatu yang sukar untuk dijelaskan.Di kalangan ahli falsafah mengakui kecantikan melibatkan perasaan kagum dan gembira apabila memandang,walaupun takrifan kecantikan itu berbeza bagi setiap individu. Walaupun penilaian terhadapkecantikan itu adalah menjadi kebebasan pemikiran dan naluri setiap individusehingga menjadi sukar untuk ditafsirkan,tetapi ia tidak menjadi penghalang kepada ahli falsafah,pengiat seni,pengkritik dan ahli sains daripada terus memberi pandangan dan pendapat terhadap fitrah kecantikan yang Allah jadikan kepada menusia.

Walaupun begitu, sekurang-kurangnya ciri-ciri asas dalam mentafsir kecantikan perlu ada untuk dijadikan sebagai wadah perbincangan mengenai sifat cantik yang boleh diterima umum. Di sini, mungkin pada dasarnya kita boleh menerima pandangan orang-orang Yunani kuno yang mentafsir kecantikan sebagai sesuatu yang baik dilihat dari sudut moral masyarakat, bersesuaian dengan kebiasaan masyarakat dan ia sesuatu yang boleh memberi kesenangan hati kepada mata yang melihat. Sementara itu pada kaca mata masyarakat silam Cina, kecantikan merujuk kepada kekayaan, umur yang panjang, berbakat, memiliki nama baik dan mempunyai pekerti.

Kenyataan Charles Darwin yang menyebut bahawa kecantikan menjadi sifat atau kualiti yang sangat tinggi kerana ia sebenarnya mempunyai peranan tertentu merupakan pandangan yang sukar untuk dinafi. Maka, rasa tertarik terhadap kecantikan, keinginan untuk menjadi cantik atau lebih cantik dan hasrat untuk memiliki benda yang cantik adalah adalah sesuatu yang biasa dan bersifat sejagat. Sesetengah daripada kita menerima bulat-bulat terhadap pengenalan dan tafsiran kecantikan yang tidak diasaskan oleh prinsip-prinsip yang jelas. Bila ini berlaku, kita menjadi begitu taksub sehingga tidak sedar lemas dalam arus.

Dari situlah kita membina kecantikan diri dan berpenampilan tanpa mengambil kira secara saksama budaya hidup yang sudah begitu lama melindungi peradaban bangsa. Juga telah sangat lama sebenarnya kita mentafsir kecantikan menurut apa yang ada secara zahir. Lalu kita terlepas pandang bahawa kalangan yang cacat penglihatan juga mempunyai naluri yang sama untuk menikmati kecantikan.

Bagaimana mereka mentafsir kecantikan juga sewajarnya turut diambil dalam perkiraan oleh orang-orang yang celik supaya kecantikan itu dapat dinilai dengan lebih seimbang dan menyeluruh. Mereka menilai melalui suara yang didengar. Cara berhubungan adalah ukuran bagi mereka menilai kecantikan seseorang. Ketaksuban kita mengejar kecantikan atau ketaksuban kita untuk menjadi lebih cantik adakalanya memerangkap diri sehingga tidak memiliki jati diri. Di sinilah kita melihat pentingnya ketakwaan untuk dijadikan sebagai asas dalam membina neraca untuk mengukur dan menilai erti kecantikan, supaya kecantikan itu merupakan sifat atau unsur yang benar-benar bererti.

Agama akan membimbing naluri dan pemikiran untuk mewujudkan kerangka dalam mentafsir kecantikan. Ada ciri-ciri yang boleh diterima agama sebagai ciri-ciri kecantikan semula jadi. Tetapi agama Islam amat mementingkan tauhid dan juga akhlak sebagai prasyarat yang perlu ada. Agama akan membendung pemikiran, nafsu dan juga emosi untuk kita mentafsir kecantikan, atau bagi kita membentuk kecantikan pada diri. Kecantikan juga seharusnya diguna bagi tujuan yang baik. Sebaliknya, mempergunakan kecantikan dengan niat yang tidak baik hanya akan merendahkan martabat kecantikan itu sendiri.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Wanita Ibarat Rama-rama

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter