Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Hadapi Kawan Atau Lawan Dengan Wajah Tenang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, September 5, 2009 2 comments

Seorang ahli bijaksana berkata, jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:

1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.

2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.

3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.

4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.

5. Jangan bersikap pura-pura.

6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan me mandangmu dengan kehinaan.

7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.

8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada ke hormatan diri.

9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.

10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.

11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik.

12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Panduan Hukum Anak

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 1 comments

MEMBERI hukuman kepada anak apabila mereka melakukan kesalahan, memang perkara biasa.

Masa kanak-kanak adalah masa paling penting dalam proses kehidupan manusia. Tempoh berkenaan adalah tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa sama ada dia akan menjadi manusia berguna atau sebaliknya.

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun teladan. Tetapi jika ia tidak berjaya dilakukan, cara memberi hukuman boleh diterapkan.

Perlu diingat menghukum anak bukan dengan memukulnya saja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara. Malah, ada kalanya memberi hukuman dengan cara memukul tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak negatif.

Berikut adalah cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak:

# Pandangan mata yang sinis. Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri anak.

Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.

# Keluarkan suara daripada tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan untuk anak mengenai apa yang sudah dan akan dilakukannya.

# Puji orang lain di hadapan anak tetapi dengan syarat memberi rasa sangsi kepada si anak dan mendorongnya untuk menjadi sebagus yang dipuji.

# Tunjukkan seolah-olah tidak peduli pada anak. Ini tindakan berlawanan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak.


Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, palingkan wajah sehingga si anak menyedari kesilapannya.

Dalam hal ini, haruslah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya berterusan kerana peranan ibu bapa adalah mendidik bukan menyeksa.

# Tidak memberi ganjaran wang, tidak mengajaknya melakukan aktiviti rekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang digemarinya seperti basikal, bermain permainan video atau menonton televisyen.

# Beri ancaman dengan syarat ancaman itu tidak terlalu berat. Ancaman terbabit juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

# Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi daripada Abdullah bin Basr al-Mazni r a, dia berkata: "Aku telah diutuskan oleh ibuku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah s.a.w baginda memulas telingaku sambil berkata; "Wahai penipu!"

# Memukul sebagai alternatif terakhir. Ia tidak harus dilakukan kecuali semata-mata untuk mendidik dan menghukum.


Memukul anak dapat dilakukan jika cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak sudah mencapai umur kerana anak yang belum mumaiyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah. Bahkan anak-anak tidak menyedari kesalahannya dan berasa apa yang dilakukan adalah betul.

Beberapa petua berikut boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak termasuk:

# Rasa selamat. Sayangi anak sepenuh hati akan memberi perasaan selamat pada anak dan membina emosi anak yang kental.

Jika anak menunjukkan sikap tidak hormat kepada ibu dan bapa, tegur dan beri penjelasan.

# Rasa dihargai. Sentiasa menghormati pandangan dan pendapat anak yang sedang membesar kerana mereka juga mempunyai perasaan serta keinginan untuk dihargai sebagai individu.

Oleh itu, babitkan dirinya dalam perbualan seharian keluarga seawal usia satu tahun.

# Rasa penting. Kadang-kala ibu bapa ingin memberi sepenuh kasih sayang menyebabkan anak dikongkong.

Oleh itu, beri mereka peluang untuk memegang tanggungjawab. Latih anak melakukan beberapa tugas kecil dalam keluarga mereka supaya berasa dirinya penting.

# Jadikan waktu membesar menceriakan. Keluarga bahagia adalah keluarga yang ceria. Rumah tempat memupuk keceriaan, suasana riang dan membina kenangan manis.

# Hadiahkan mereka nilai murni. Menjadi lumrah kanak-kanak meminta sebarang benda yang mereka lihat di televisyen atau milik kawannya.

Oleh itu, latih anak menghargai setiap pemberian daripada rakan dan sanak-saudara. Ini akan menyemai nilai bertimbang rasa, kesyukuran, persahabatan dan hormat-menghormati pada jiwa anak.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sukar Memaafkan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Orang yang sudah dilukai itu cenderung untuk sukar memaafkan. Hal ini disebabkan kerana pemikiran yang tidak menyeluruh dalam memaafkan ini . Mereka merasakan memaafkan itu merugikan diri sendiri, tetapi sebenarnya memaafkan itu menguntungkan kerana hati akan berasa tenang aman dan damai.

Faktor-faktor yang menyebabkan orang sukar untuk memaafkan :

1. Sejak kecil sudah sukar untuk memaafkan orang lain, jadi sifat itu terbawa-bawa sehingga dewasa.
2. Sejak kecil perkembangan jiwanya belum menyeluruh, belum berkembang dengan baik sehingga dia belum mampu mempercayai orang dan ini membuat dia sukar untuk memaafkan orang lain.

Untuk boleh memaafkan orang lain, ada peringkat-peringkat yang harus dilalui :

1. Ia harus tahu bahawa sesuatu yang mengganggu adalah suatu masalah dan harus diselesaikan.
2. Dia boleh memahami semua perasaannya dan mengeluarkan semuanya.
3. Membuat satu batasan agar tidak lagi diperlakukan seperti ini.
4. Setelah itu memaafkan dengan kasih sesama manusia.

Manfaat dari memaafkan orang lain iaitu orang lebih sihat, jantungnya lebih sihat, tekanan darahnya lebih rendah, hidupnya lebih bahagia, hubungan suami isteri lebih baik, hubungan dengan anak-anak lebih baik, hubungan dengan Tuhan lebih baik, bahkan orang yang berniaga akan bertambah banyak untungnya kerana dia menjadi orang yang lebih ramah. Dia menjadi bahagia kerana tekanannya hilang. .

Pada umumnya, kecenderungan kita berkata sudah memaafkan tetapi saat berjumpa dengan orang itu kita menjadi sakit hati lagi. Untuk menghadapi hal ini kita perlu sentiasa ingat kepada Allah dan kita perlu sentiasa mendoakan musuh kita, belajar merendah diri dan bertolak ansur. Maka Tuhan akan memberikan kekuatan kepada kita, sehingga ketika kita berjumpa orang itu kita tidak lagi akan membenci.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Bahaya Anggap Kemiskinan Takdir

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

KEMISKINAN adalah bahaya besar yang mengancam keamanan, kesejahteraan dan kestabilan masyarakat. Abu Hurairah pernah meriwayatkan bahawa Abu Zar berkata, “Saya hairan melihat sebahagian orang yang tidak memiliki makanan di rumahnya. Bagaimanakah mereka dapat bersabar dan tidak keluar rumah dengan menghunus pedang dan menimbulkan rusuhan?”

Seseorang mungkin boleh bersabar menghadapi kemiskinan jika dia menyedari punca sumber penghasilan dan terlampau ramainya manusia yang memerlukan. Tetapi jika kemiskinan itu timbul akibat kesilapan disengajakan ekoran penindasan segolongan kecil manusia menikmati kemewahan dengan mengorbankan kepentingan golongan majoriti, maka kemiskinan seperti inilah yang membangkitkan emosi dan kemarahan setiap orang. Ia akan menimbulkan fitnah dan kegoncangan yang boleh meruntuhkan nilai kasih sayang serta persaudaraan dalam masyarakat.

Selagi ada dalam masyarakat perbezaan sosial yang ketara sehingga sebahagian orang tinggal dalam pondok dan sebahagian lain tinggal di istana, sebahagian orang tidur beralaskan tanah, manakala sebahagian lain mendirikan bangunan tinggi, selagi itu api kebencian dan kemarahan akan menyala dalam diri masyarakat.

Kemiskinan juga berbahaya terhadap kedaulatan, kebebasan dan kemerdekaan bangsa. Semangat untuk membela maruah bangsa sukar ditemukan di dalam dada seorang miskin yang sedang memerlukan bantuan.

Dia menyedari bahawa negara dan bangsanya sendiri tidak mempedulikan nasibnya. Negaranya tidak memberi makanan dalam keadaan lapar, tidak melindunginya dalam kecemasan dan tidak pernah menghulurkan bantuan untuk menariknya keluar daripada keperitan hidup.

Apabila satu negara bersikap keras terhadap golongan miskin dan tidak pernah mempedulikan keadaan mereka, tidak mustahil mereka enggan mengorbankan darahnya kepada negara.

Islam tidak hanya menentang golongan yang berpendapat kemiskinan dan penyeksaan jasmani adalah sesuatu yang suci dan boleh membawa kepada ketinggian rohani. Islam juga menentang golongan kedua yang memandang kemiskinan dengan penuh kepasrahan dan menganggapnya sebagai nasib yang sudah ditakdirkan Allah.

Pandangan seperti ini menjadi penghalang terhadap usaha ke arah memperbaiki keadaan, menegak keadilan dan mewujudkan jaminan kesejahteraan yang diidamkan.

Risalah Islam wajib disempurnakan dengan memerdekakan orang ramai daripada belenggu kemiskinan, membantu mengukuhkan hak mereka serta meneguhkan sistem jaminan sosial. Hanya dengan cara itulah mereka boleh hidup secara mulia.

Antara prinsip agung yang Islam tanam di dalam hati Muslim ialah terdapatnya jalan keluar bagi setiap kesukaran. Oleh itu, seorang Muslim mesti meyakini bahawa setiap penyakit ada ubatnya, kerana Allah tidak mencipta penyakit kecuali Allah ciptakan penawar yang boleh menyembuhkan.

Sakit itu takdir Allah dan kesembuhan juga takdir Allah. Mukmin sejati seharusnya menolak takdir yang buruk dengan melakukan usaha mendapatkan takdir yang baik. Dia mesti menolak takdir lapar dengan takdir mencari makanan atau mencari minuman.

Pada satu masa, Umar al-Faruk pernah membatalkan niatnya memasuki negeri Syam. Beliau memerintahkan tenteranya meninggalkan negeri itu serta-merta kerana khuatir mereka akan terdedah kepada wabak yang sedang berjangkit di dalam negeri itu.

Salah seorang sahabat mencela tindakan beliau itu seraya berkata, “Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau melarikan diri daripada takdir Allah? Beliau menjawab, “Ya, kami melarikan diri daripada takdir Allah yang ingin menuju takdir Allah yang lain.”

Nabi Muhammad SAW pernah ditanya dengan soalan yang serupa apabila Baginda berusaha mengubati satu penyakit, “Wahai Rasulullah SAW adakah anda berusaha menolak takdir Allah?” Baginda SAW menjawab, “Justeru usaha untuk mengubati penyakit itu juga adalah takdir Allah!” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika kemiskinan diibaratkan sebagai satu penyakit maka ketahuilah bahawa Allah sudah menurunkan cara atau sistem yang boleh menyembuhkannya. Jika kita menganggap kemiskinan itu adalah takdir Allah, maka kita mesti memahami bahawa usaha membanteras kemiskinan dan melepaskan manusia daripada cengkamannya juga adalah takdir dan kehendak Allah.

Qana’ah atau berpuas hati dengan pemberian Allah tidak ada hubung kait dengan takdir Allah sebaliknya qana’ah sepatutnya menghindari diri daripada sifat tamak dan haloba.

Tabiat semula jadi manusia menjadikan dirinya sangat tamak dan rakus terhadap dunia. Dia tidak akan rasa puas atau kenyang dengan apa juga yang diperolehnya. Salah satu hadis menggambarkan ketamakan dan kerakusan manusia sebagai berikut: “Jika seorang anak Adam memiliki emas sepenuh dua lembah sekalipun maka dia akan (berusaha) mencari lembah yang ketiga. Mata anak Adam tidak akan dipenuhi kecuali dengan tanah.” (Riwayat Bukhari)

Fungsi iman ialah untuk mengawal dan membatasi ketamakan, kerakusan dan sifat haloba yang menguasai diri manusia. Sebab itu jika seorang manusia sudah dikuasai sifat tamak maka dia akan hidup dalam keresahan yang berterusan.

Dia tidak akan rasa cukup dengan hasil yang sedikit dan tidak pula rasa kenyang dengan pendapatan yang banyak. Api ketamakan dan kerakusan yang sentiasa berkobar di dalam dirinya akan mengalihkan pandangannya kepada harta orang lain.

Fungsi iman ialah mengarahkan jiwa seperti itu kepada nilai kerohanian yang kekal abadi. Hanya orang beriman yang memahami bahawa kekayaan itu bukan terletak pada banyaknya harta tetapi kekayaan itu letaknya di dalam hati.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bukanlah kaya itu dengan memiliki harta benda yang banyak, tetapi kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” (Hadis riwayat Ahmad ibn Majah)

Makna kedua daripada berpuas hati dengan pemberian Allah (Quna’ah) terkandung dalam kesedaran bahawa pelbagai keutamaan dan kelebihan yang diberikan Allah kepada setiap manusia, sama ada rezeki, bakat atau kepakaran adalah sunnah Allah dalam alam semesta.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah melebihkan sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain dalam hal rezeki.” (Surah an’Nah, ayat 71)

Pengertian Qana’ah ialah kerelaan manusia menerima anugerah Allah yang tidak boleh diubah. Kemampuan seseorang itu ditentukan berdasarkan potensi jasmani, rohani dan kepintarannya. Di samping itu, faktor persekitaran dan kepakaran juga menjadi asas kejayaannya.

Oleh itu, segala aktiviti dan usaha yang dilakukannya hendaklah bersesuaian dengan potensi yang ada padanya.

Seseorang itu tidak patut membiarkan dirinya hidup di dalam angan-angan yang mustahil boleh dicapainya

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kawal Nafsu Jadi Manusia Mulia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas.

Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.

Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: "Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia."

Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu.

Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin.

Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu 'amarah' (nafsu jahat), 'lawwamah' (menyesal apabila buat kejahatan) dan 'mutmainnah' (tenang).

Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya.

Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.

Bagi mengendalikan nafsu sama ada remaja atau orang dewasa, mereka kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:

# Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.

# Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.

# Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?

# Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.

# Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.

# Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.

Selepas mengetahui pintu atau punca nafsu menjadi jahat, remaja perlu juga mengetahui cara untuk mengawal dan mengelakkan daripada bahaya nafsu jahat terbabit, antaranya:

# Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.

# Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.

# Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti 'ma'thurat' dan baca al-Quran.

# Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).

# Banyak bersedekah.

# Berkawan dengan orang miskin.

Remaja sekalian! Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).

Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mutiara Kata

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Tuhan yang Maha Baik memberi kita ikan, tetapi kita harus mengail untuk mendapatkannya. Demikian juga Jika kamu terus menunggu waktu yang tepat, mungkin kamu tidak akan pernah mulai. Mulailah sekarang… mulailah di mana kamu berada sekarang dengan apa adanya. Jangan pernah pikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai, tapi sadarilah bahwa cintalah yang memilih kita untuk mencintainya.

Perkawinan memang memiliki banyak kesusahan, tetapi kehidupan lajang juga memiliki suka-duka. Buka mata kamu lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kamu setengah terpejam sesudahnya Menikahi wanita atau pria karena kecantikannya atau ketampanannya sama seperti membeli rumah karena lapisan catnya. Harta milik yang paling berharga bagi seorang pria di dunia ini adalah hati seorang wanita.


Begitu juga Persahabatan, persahabatan adalah 1 jiwa dalam 2 raga Persahabatan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilangannya. Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya. Sahabat adalah tangan Tuhan untuk menjaga kita.

Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain… tapi menyesal-lah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu. Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah. Namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.

Karena semua manusia itu baik kalau kamu bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak bisa melihat keduanya.

Begitu juga Kebijakan, Kebijakan itu seperti cairan, kegunaannya terletak pada penerapan yang benar, orang pintar bisa gagal karena ia memikirkan terlalu banyak hal, sedangkan orang bodoh sering kali berhasil dengan melakukan tindakan tepat.

Dan Kebijakan sejati tidak datang dari pikiran kita saja, tetapi juga berdasarkan pada perasaan dan fakta. Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah.

Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di depan kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang berada di dalam kita. Kamu tak bisa mengubah masa lalu…. tetapi dapat menghancurkan masa kini dengan mengkhawatirkan masa depan. Bila Kamu mengisi hati kamu …. dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, Kamu tak memiliki hari ini untuk kamu syukuri. Jika kamu berpikir tentang hari kemarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut, berarti kamu sudah berada dijalan yang benar menuju sukses.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter