Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Wanita Bukan Kilang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, February 18, 2009 0 comments


PERJALANAN kehidupan manusia menetapkan bahawa individu yang sudah baligh akan mencari pasangan masing-masing untuk berkahwin secara sah dan mereka kemudian mempunyai zuriat sendiri.

Bagaimanapun, perlu diingatkan wanita bukan ‘mesin membuat anak’. Jika kesihatan wanita itu bermasalah, tentu kesihatan keluarga secara keseluruhan akan terjejas.

Keadaan akan menjadi kritikal apabila wanita itu hamil dan keadaan ini membahayakan dirinya dan secara tidak langsung menjejaskan ketenteraman keluarga. Justeru, perancangan keluarga boleh diamalkan.

Lelaki memainkan fungsi utama dalam hal keharmonian rumah tangga. Tanpa izin suami, wanita tidak boleh mengamalkan perancangan keluarga.

Kaedah merancang keluarga yang boleh diamalkan lelaki ialah kaedah Al’Azal atau ‘withdrawa l’ di mana si lelaki melucutkan zakar sebelum ejakulasi. Ini dilakukan dengan izin isteri kerana tanpa izin adalah haram.

Selain itu, penggunaan kondom juga kini meluas. Namun, kaedah `kasi’ atau pembuangan buah zakar bukan kaedah merancang keluarga.

Ia menjurus kepada penyeksaan bagi lelaki kerana membuang kilang benih, sekali gus menyekat penghasilan hormon yang mustahak untuk kehidupan sebagai lelaki.

Kaedah mengikat salur sperma atau ‘Vasectomi’ atau ‘Sterilisasi Lelaki’ membabitkan prosedur mengikat kedua-dua salur sperma, menjadikan tiada sperma dalam air mani ketika ejakulasi.

Lelaki itu perlu mengamalkan memancut keluar sperma antara 10 hingga 15 kali atau menggunakan kondom dan kemudian ujian air mani dilakukan untuk memastikan tiada sperma, sebelum boleh meneruskan hubungan kelamin secara biasa.

Ini perlu kerana khuatir ada sperma masih tertinggal di dalam salur sperma berdekatan pundi ejakulasi dan dalam pundi seminal.

Pembedahan ‘vasektomi’ boleh dilakukan dengan senang tanpa keperluan peralatan canggih atau persiapan besar yang biasa diperlukan untuk ‘Sterilisasi Perempuan’.

Dalam keadaan ‘darurat’ seperti keadaan kesihatan isteri yang tidak mengizinkannya untuk hamil, kaedah ini boleh diamalkan lelaki.

Apabila masalah berjaya diatasi, Sterilisasi Lelaki tadi boleh dipulihkan dengan menyambung salur yang diikat.

Kajian mengenai kaedah moden seperti ‘pil’ yang dapat digunakan lelaki untuk mencegah kehamilan kepada wanita, iaitu mencegah persenyawaan sperma dengan telur seperti menghalang pemerosesan sperma untuk waktu tertentu atau membantutkan penghasilan sperma, tidak berjaya menghasilkan penemuan yang diharapkan.

Kajian mengenai ekstrak biji kapas dan beberapa lagi biji Palmaria yang didapati mengandungi kimia yang mengganggu pemerosesan sperma seperti ‘Kontrsperm’ dan ‘G ossipol’ didapati tidak berkesan secara purata dalam menghalang pembiakan sperma.

Gossipol pula dalam tahap tinggi boleh mengakibatkan tekanan kepada fungsi jantung dan kematian!

‘Pil ’ untuk lelaki dalam bentuk hormon diperkenalkan baru-baru ini sebagai kaedah dalam kajian.

Hormon yang dimaksudkan ialah hormon Progesterone dan Testosterone dan didapati hormon berkenaan dapat menghalang pembiakan sperma dalam masa terdekat, antara empat hingga lapan minggu.

Kajian yang diselenggarakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai kaedah hormon ini masih dalam peringkat permulaan. Maklumat awal tidak mengalakkan kerana ada kesan sampingan seperti peningkatan kolesterol dan berat badan.

Ujian juga mendapati ia kurang berkesan untuk segelintir lelaki kerana masih ada sperma dalam ujian air mani, sekali gus kemungkinan kehamilan berlaku ada.

Kaedah suntikan hormon dan pemasangan susuk hormon untuk lelaki juga ada diperkenalkan yang turut membabitkan hormon Testosterone dan Progesterone, tetapi kosnya yang tinggi menyebabkan ia belum diamalkan dan setakat peringkat kajian saja.

Kaedah terbaru lain yang masih dalam peringkat kajian ialah ‘Immunologi’, yang mana enzim yang mustahak untuk pemprosesan benih lelaki dihalang oleh ‘anti-bodi’ dan penghasilan sperma tersekat. Kaedah ini masih dalam kajian dengan binatang.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter