Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Tips Untuk Mengelakkan Tegangan Mata

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, December 23, 2009


Jika anda menghabiskan lebih banyak waktu di depan komputer, anda pasti mendapatkan tegangan (strain) mata. Jika anda menatap monitor komputer berjam-jam lebih lama, anda lupa untuk berkelip. Jika anda tidak mengedipkan mata anda, kelembapan semulajadi yang terdapat dalam mata anda akan terpelowap dan mata anda menjadi kering dan sakit.


Mata kering menyebabkan penglihatan anda berganda (double vision), kabur, warna berambu, atau menjadi kepenatan. Kesakitan mata adalah disebabkan oleh kecerahan cahaya pada skrin dan kawasan di sekitar layar tersebut.

Bekerja dengan berlatarkan cahaya terang tepat di belakang skrin monitor atau bekerja di bilik yang gelap boleh menyebabkan ketegangan mata. Duduk berhadapan tingkap besar dan paparan sinar matahari silau pada monitor anda boleh juga menyebabkan tegangan mata.

Penggunaan komputer biasanya tidak merosakkan mata, tetapi ia membentuk kesan tekanan pada otot mata yang mempengaruhi penglihatan seseorang individu dan ianya juga boleh mengganggu prestasi kerja seseorang. Jika anda tidak dapat melihat skrin dengan selesa atau mantap, produktiviti anda akan menurun.

Tips untuk mengelakkkan ketegangan mata berlaku kepada pengguna komputer:

1. Untuk setiap satu jam, ambil sepuluh minit untuk berehat dan biarkan mata anda berkelip secara normal.

2. Jangan bekerja di dalam bilik yang gelap kerana kontras cahaya di antara cahaya hasil daripada skrin komputer dan kurangnya cahaya latar akan menyebabkan tegangan mata.

3. Berbincanglah tentang masalah mata anda dengan pakar mata dan gunakan sebarang bentuk alat penjagaan mata jika perlu.

4. Semak dan pastikan cermin atau kanta lekap mata anda pakai sesuai untuk melihat dari dekat atau jarak jauh.

5. Jangan biarkan cahaya cerah melatari belakang skrin monitor anda.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter