Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Doa Tidak Termakbul Disimpan Untuk Akhirat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, December 7, 2009


BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan
ibadat
ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak,
pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap
doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi
harapan
setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh
kurniaan
hasil kesungguhan mereka berdoa.

Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah
yang
hanya Allah Maha Mengetahui.

Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap
mustahil oleh manusia.

Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan
kebaikan
di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik
daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki,
kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah
Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik
sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu
menjangkau hakikat sesuatu.

Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan
menimpa.
Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana
kehebatannya
atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali
berpunca
daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus
asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan
sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter