Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

9 Peringkat Solat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, December 12, 2009


Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat
islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak
tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau
tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik
(pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.



Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara
zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta,
main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun
secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang
sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa
besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah
Taala.


Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan
tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan
nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka
ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa
dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh
kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah,
bermusafir, letih dan penat, maka ia tak
sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya
tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu
bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham,
fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya
pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan
tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi
fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.
Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai
dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.


Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup
lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan
sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,
tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya
masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana
faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini
dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.


Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan
yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam
sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala
lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam
sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan
seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka
insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta
fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan
didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai
sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap
mulhamah
(ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih
tak
terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada
Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan
diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga
Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai
sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi
kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.


Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang
tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap
lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak
terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga
pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang
difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,
menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti
perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah
didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut
orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.


Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh
tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja
faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya,
malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan
sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan
fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya
pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai
dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan
dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar
dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah
dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah
golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang
hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang
tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja
ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang
malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.
Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia
yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia
telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk
hatinya. Ini
dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali
ketika
panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia
lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang
itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan
sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,
sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan
tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya
langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi
disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya
hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut
golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang
itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di
tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh
membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari
yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan
mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak
yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.
Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain
jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah
diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.
Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di
akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah
bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan
dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga
tertegak kembali daulah Islam.

Yang baik dari ALLAH yg buruk dari diri ana sendiri...
Wassalam

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter