Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Takdir Allah Adalah Ketentuan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, November 23, 2009


RAMAI di kalangan kita menyebut "sudah takdir" jika berlaku sesuatu seperti kematian, kemalangan, kerugian, kecurian, kemiskinan dan apa juga malapetaka yang menimpa diri kita. Malah perkataan itu juga sering disebut jika kita tiba-tiba kaya, untung dan berjaya dalam peperiksaan.

Sebenarnya, takdir Allah swt adalah ketentuan yang telah Allah tetapkan. Bahkan jauh sebelum semua makhluk diciptakan, Allah telah menuliskan semua takdir makhluknya dari permulaan hingga akhir hayat.

Namun harus kita fahami bahawa takdir itu tidak ada yang tahu kecuali hanya Allah. Jadi kita tidak boleh menyatakan, misalnya: "Saya ini tidak menjadi kaya kerana takdir Allah.". Dari mana kita tahu bahawa pada masa akan datang itu kita akan terus miskin?

Jadi bagi manusia dan semua makhluk, takdir Allah itu adalah hal ghaib dan misteri. Kerana itu haram hukumnya seseorang berpeluk tubuh tanpa berusaha dengan alasan sudah takdir.

Padahal Allah sendiri sebagai Penulis Takdir telah memerintahkan kita untuk berusaha, bekerja dan berikhtiar dan akhir sekali bertawakal. Kerana itu menyalahkan takdir adalah dosa kerana melawan perintah Allah.

Orang dahulu sebelum kita pun pernah berselisih faham mengenai takdir. Ada yang menyerahkan semua perkara pada takdir hingga tidak mahu bekerja dan berusaha untuk memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.

Golongan kedua pula tidak percaya pada takdir dan berpendirian bahawa manusia 100 peratus menentukan apa yang akan terjadi. Bagi Ahli Sunnah Waljamaah, kedudukan yang benar adalah di antara kedua-duanya, iaitu tidak menafikan takdir tetapi tetap berusaha.

Daripada Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah saw bersabda, bermaksud: Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan telah dicatat dan ditentukan tempat kembalinya, ke syurga atau ke neraka. Sahabat bertanya: Kalau begitu sebaiknya kita meninggalkan ibadah dan amal lalu bertawakal saja? Rasulullah saw bersabda: Beramallah kerana semua orang dimudahkan oleh Allah sesuai dengan penciptaannya. Hadis riwayat Bukhari, Muslim.

Sebenarnya, takdir memiliki empat tingkatan yang wajib dipercayai.

Pertama; Al-Ilmu iaitu seseorang harus meyakini bahawa Allah mengetahui segala sesuatu baik secara global maupun terperinci. Dia Maha Mengetahui apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi. Kerana segala sesuatu diketahui oleh Allah, baik yang terperinci maupun jelas atas setiap gerak-geri makhluknya.

Pada sisi Allah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata." � Surah Al-an`am, ayat 59.

Kedua; Al-Kitabah � Bahawa Allah mencatat semua itu sebagaimana firman-Nya: �Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi? Bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab. Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah. � Surah Al-Hajj, ayat 70.

Ketiga; Al-Masyiah � Kehendak Allah ini bersifat umum. Tidak ada sesuatu pun di langit mahupun di bumi melainkan terjadi dengan iradat/masyiah (kehendak/keinginan) Allah SWT. Maka tidak ada dalam kekuasaannya yang tidak diinginkannya selamanya. Baik yang berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh Zat Allah atau yang dilakukan oleh makhluk-Nya.

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. � Surah Yasin, ayat 82.

Dan kalau Allah menghendaki, nescaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara mereka yang beriman dan ada di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya. � Surah Al-Baqarah, ayat 253.

Keempat: Al-Khalqu � Bahawa tidak sesuatu pun di langit dan di bumi melainkan Allah sebagai penciptanya, pemiliknya, pengaturnya dan menguasainya.

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab dengan kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. � Surah Al-Zumar, ayat 2.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter