Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Hubungan Iman Dengan Cinta

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, November 23, 2009


Sering diperkatakan &  Aku cinta pada si dia kerana Allah.. Namun apakah ertinya cinta kerana Allah tersebut. Adakah ia hanya satu frasa biasa yang diungkapkan apabila meluahkan perasaan kasih dan sayang kita kepada seseorang. Atau terdapat pengertian yang lebih mendalam daripada ayat tersebut. Apakah erti sebenarnya  I love you 

Rasulullah pernah bersabda, dari Abi Hamzah Anas bin Malik radiyallahuanh, khadam Rasulullah s.a.w. : Tidak beriman seseorang daripada kamu hingga ia mencintai untuk sahabatnya apa yang ia cintai untuk dirinya.
( Bukhari dan Muslim )

Hubungan cinta dengan Iman memang sesuatu yang sepatutnya tidak dipisahkan. Cinta atau kasih sayang terhadap sesorang Mumin yang lain seharusnya dihubungi dengan Iman. Maka akan berkurangan iman kita kalau kurangnya cinta. Dan cinta yang dimaksudkan ialah yang didasarkan kepada agama bukan kepada perkemanusiaan semata-mata.

Erti tiada iman dalam hadith yang disebutkan di atas ialah tidak sempurna iman (bukan tiada iman) dari orang yang tidak cinta kepada saudaranya sebagaimana ia cinta pada dirinya sendiri. Seharusnya apa yang kita hajatkan untuk diri kita seharusnya dihajatkan kepada saudara kita jua. Dan sememangnya hajat tersebut ialah untuk memperoleh kebaikan dan manfaat. Dan cinta tersebut bukanlah cinta kerana tabiat kemanusiaan tetapi kerana roh keagamaan. Kerana tabiat kemanusiaan sememangnya tidak suka melihat orang lain mendapat kebaikan atau orang lain itu berbeza keadaan daripadanya.

Imam Nawawi menerangkan bahawa kalau seseorang itu tidak cinta pada saudaranya sebagaimana ia cinta pada dirinya maka dia adalah seorang pendengki. Menurut Imam Ghazali pula, pendengki ini terdiri daripada 3 jenis dan ketahuilah ketiga-tiganya adalah haram bagi setiap muslim.

1. Bercita-cita supaya hilang terus nikmat orang lain dan berpindah nikmat itu kepadanya.

2. Bercita-cita supaya hilang nikmat tersebut sekalipn ia tidak mendapatnya. Kerana boleh jadi, dia telah mempunyai nikmat tersebut atau nikmat tersebut tidak disukainya.

3. Tidak bercita-cita hilang nikmat itu dari orang lain, tetapi dia tidak suka melihat orang itu lebih tinggi daripadanya.

Sesungguhnya sesiapa yang tidak suka akan apa yang telah ditentukan Allah adalah melawan ketentuan dan kebijaksanaan Allah serta tidak ada perasaan insaf dan timbang rasanya atau kasih sayangnya. Oleh itu, untuk mempastikan perasaan cinta ini terus didasari jalan yang benar, ambillah hadith ini sebagai pedoman :

Berzuhudlah pada dunia nescaya engkau dicintai Allah dan berzuhudlah pada apa yang ada di tangan manusia, agar engkau dicintai manusia ... 

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter