Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

20 Resipi Bersahabat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, October 22, 2009


Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus mempunyai harapan dan tanggungjawab tersendiri agar persahabatan itu kekal dan diredhai Allah Taala.

Antaranya;

1) Bersikap jujur dan berterus terang Jangan menyimpan kisah silam@pertengkaran lama dalam hati

2) Sentiasa membantu,tidak berkira wang ringgit, tenaga dan masa

3) Ketahanan bergurau senda, adat bergurau, pastikan anda dan sahabat boleh menerima gurauan

4) Jangan terlalu celupar@mengkritik orang lebih mudah menerima cadangan

5) Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri, suami /janda/duda dahulu.

6) Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah di tanya.

7) Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

8) Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat positifnya.

9) Bijak menyesuaikan tutur kata dengan keadaan emosi sahabat.

10) Berita baik atau berita sedih sahabat biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.

11) Mampu memaafkan kesilapan sahabat dan memberi peluang kepadanya

12) Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. Sesekali beri peluang sahabat bersendiri. Jika terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungannya dengan insan lain.

13) Ada perkara@masalah sahabat boleh diberi nasihat dan cadangan.

14) Ada isu sensitif yang mungkin sahabat hanya mahu meluahkannya kepada kita tetapi enggan mendengar cadangan@pandangan.

15) Jikalau salah seorang marah,biarkan dia bercakap apa saja. Beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan di balas, berdiam diri dan tunggu hingga dia reda dan sejuk dulu. Kena terima hakikat, setiap orang ada lautan di hati yang pasang surut.

16) Tidak terlalu akrab spt membawa keluarga sendiri bermalam, berkelah atau bercuti bersama-sama keluarga sahabat.

17) Seandai ada perasaan cuak pada sahabat, risiklah daripada orang yang rapat dengannya. Orang tengah yg jujur boleh membantu.

18) Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau ia mengomel, kita hanya dengar dan angguk. Itu lebih baik drp membuat komen . Ia boleh memburukkan keadaan.

19) Sirami persahabatan dengan pemberian@ucapan yang merangsang perhubungan.

20) Kalau kita menerapkan20 Resepi ini dalam persahabatan . InsyaĆ¢??allah, persahabatan kita akan kekal abadi meskipun pernah di landa ribut taufan. Apalah ertinya hidup kita tanpa ada sahabat disisi kita.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter