Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Tabiat Gigit Kuku

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, September 7, 2009

MENGGIGIT kuku secara berulang kali adalah salah satu tabiat atau kebiasaan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Tabiat ini berlaku di kalangan 30 peratus kanak-kanak berusia antara tujuh ke 10 tahun dan kira-kira 45 peratus remaja.


Ia bukanlah suatu fasa yang harus dilalui oleh kanak-kanak. Ia berlaku tanpa disedari kerana menggigit kuku adalah salah satu tabiat psikologi untuk mengurangkan tekanan yang mereka lalui.

Mereka juga boleh menggigit kuku apabila berasa teruja atau bosan. Tabiat ini kadangkala dipelajari daripada ahli keluarga lain yang mengalami masalah sama.

Kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami tabiat menggigit kuku daripada kanak-kanak perempuan selepas berusia 10 tahun. Sebahagian orang dewasa akan berhenti menggigit kuku setelah mereka mencapai usia 30 tahun ke atas. Tabiat menggigit kuku akan menyebabkan pertumbuhan kuku yang normal terjejas dan menghasilkan kuku yang cacat.

Kesan negatif lain hasil tabiat menggigit kuku ialah kulit di hujung jari yang berdekatan dengan kuku akan menjadi lebih sensitif terhadap stimulasi kesakitan dan ia boleh dijangkiti kuman.

Apabila kanak-kanak menggaru dengan kuku yang dijangkiti kuman daripada air liur, peluang untuk mendapat jangkitan kulit yang digaru adalah tinggi. Ada kalanya bakteria yang berada di bawah kuku yang sudah rosak sekiranya masuk ke dalam mulut boleh menyebabkan jangkitan usus. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada gusi.

Ada beberapa cara untuk mengelak kanak-kanak daripada melakukan tabiat ini. Cara pertama adalah melakukan perubahan kepada sikap itu sendiri iaitu menggantikan tabiat itu dengan aktiviti yang lebih berfaedah serta menarik seperti melukis, menulis dan mewarna.

Cara kedua ialah mengadakan penghalang fizikal seperti memastikan kuku sentiasa dipotong pendek, gunakan sarung tangan untuk menghalang daripada menggigit kuku atau letakkan pengilat kuku berperasa pahit di kuku. Pakar psikologi kanak-kanak boleh membantu dalam perawatan ini.

Menghisap ibu jari juga adalah suatu kebiasaan yang dilakukan oleh bayi dan kanak-kanak untuk menenangkan diri mereka daripada masalah atau tekanan. Perangai menghisap ibu jari adalah sikap yang tidak merbahaya.

Biasanya ia berlaku pada kanak-kanak berusia dua tahun dan berhenti dengan sendirinya apabila usia mereka menjangkau empat tahun. Hanya segelintir saja yang berterusan mempunyai tabiat ini sehingga remaja.

Kebanyakan mereka menghisap ibu jari untuk keseronokan atau apabila mereka mengalami tekanan atau mempunyai perasaan gundah. Sekiranya mereka masih menghisap jari pada usia dewasa, tekanan daripada kawan-kawan akan menyebabkan tabiat ini berhenti dengan sendirinya.

Ibu bapa tidak perlu risau atau mengambil tindakan dengan memarahi anak yang mempunyai tabiat ini sebaliknya, mereka harus mengambil pendekatan positif.

Tabiat menghisap ibu jari biasanya tidak akan menyebabkan kerosakan kepada pembentukan gigi normal. Menghisap ibu jari di kalangan kanak-kanak kecil boleh digantikan dengan menghisap puting tiruan. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, ibu bapa boleh memberi penerangan dengan cara yang baik mengenai tabiat menghisap ibu jari yang tidak baik dan bersama-sama anak mereka mencari jalan bagi menangani masalah terbabit.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter