Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Menilai Erti Kecantikan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, September 13, 2009

Persoalan tentang kecantikan telah lama menjadi perbualan di kalangan tokoh-tokoh falsafah terdahulu,antaranya termasuklah Socrates dan Plato.Socrates menyatakan kecantikan adalah suatu yang sukar untuk dijelaskan.Di kalangan ahli falsafah mengakui kecantikan melibatkan perasaan kagum dan gembira apabila memandang,walaupun takrifan kecantikan itu berbeza bagi setiap individu. Walaupun penilaian terhadapkecantikan itu adalah menjadi kebebasan pemikiran dan naluri setiap individusehingga menjadi sukar untuk ditafsirkan,tetapi ia tidak menjadi penghalang kepada ahli falsafah,pengiat seni,pengkritik dan ahli sains daripada terus memberi pandangan dan pendapat terhadap fitrah kecantikan yang Allah jadikan kepada menusia.

Walaupun begitu, sekurang-kurangnya ciri-ciri asas dalam mentafsir kecantikan perlu ada untuk dijadikan sebagai wadah perbincangan mengenai sifat cantik yang boleh diterima umum. Di sini, mungkin pada dasarnya kita boleh menerima pandangan orang-orang Yunani kuno yang mentafsir kecantikan sebagai sesuatu yang baik dilihat dari sudut moral masyarakat, bersesuaian dengan kebiasaan masyarakat dan ia sesuatu yang boleh memberi kesenangan hati kepada mata yang melihat. Sementara itu pada kaca mata masyarakat silam Cina, kecantikan merujuk kepada kekayaan, umur yang panjang, berbakat, memiliki nama baik dan mempunyai pekerti.

Kenyataan Charles Darwin yang menyebut bahawa kecantikan menjadi sifat atau kualiti yang sangat tinggi kerana ia sebenarnya mempunyai peranan tertentu merupakan pandangan yang sukar untuk dinafi. Maka, rasa tertarik terhadap kecantikan, keinginan untuk menjadi cantik atau lebih cantik dan hasrat untuk memiliki benda yang cantik adalah adalah sesuatu yang biasa dan bersifat sejagat. Sesetengah daripada kita menerima bulat-bulat terhadap pengenalan dan tafsiran kecantikan yang tidak diasaskan oleh prinsip-prinsip yang jelas. Bila ini berlaku, kita menjadi begitu taksub sehingga tidak sedar lemas dalam arus.

Dari situlah kita membina kecantikan diri dan berpenampilan tanpa mengambil kira secara saksama budaya hidup yang sudah begitu lama melindungi peradaban bangsa. Juga telah sangat lama sebenarnya kita mentafsir kecantikan menurut apa yang ada secara zahir. Lalu kita terlepas pandang bahawa kalangan yang cacat penglihatan juga mempunyai naluri yang sama untuk menikmati kecantikan.

Bagaimana mereka mentafsir kecantikan juga sewajarnya turut diambil dalam perkiraan oleh orang-orang yang celik supaya kecantikan itu dapat dinilai dengan lebih seimbang dan menyeluruh. Mereka menilai melalui suara yang didengar. Cara berhubungan adalah ukuran bagi mereka menilai kecantikan seseorang. Ketaksuban kita mengejar kecantikan atau ketaksuban kita untuk menjadi lebih cantik adakalanya memerangkap diri sehingga tidak memiliki jati diri. Di sinilah kita melihat pentingnya ketakwaan untuk dijadikan sebagai asas dalam membina neraca untuk mengukur dan menilai erti kecantikan, supaya kecantikan itu merupakan sifat atau unsur yang benar-benar bererti.

Agama akan membimbing naluri dan pemikiran untuk mewujudkan kerangka dalam mentafsir kecantikan. Ada ciri-ciri yang boleh diterima agama sebagai ciri-ciri kecantikan semula jadi. Tetapi agama Islam amat mementingkan tauhid dan juga akhlak sebagai prasyarat yang perlu ada. Agama akan membendung pemikiran, nafsu dan juga emosi untuk kita mentafsir kecantikan, atau bagi kita membentuk kecantikan pada diri. Kecantikan juga seharusnya diguna bagi tujuan yang baik. Sebaliknya, mempergunakan kecantikan dengan niat yang tidak baik hanya akan merendahkan martabat kecantikan itu sendiri.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter