Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Rahsia Nama Perempuan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, August 6, 2000

Perempuan ini seperti dalam pengetahuan kita, terkandung pengertiannya dalam enam huruf bila dieja dalam tulisan Jawi Lama (FA, RA, MIM, FA, WAU, NUN):

Huruf FA itu berkaitan fasih. lidah kita org perempuan ini harus memuji Allah dan RasulNya, memuji kebaikan suami dan orang berbudi kepadanya.

Sedangkan RA itu mengenai ramah untuk bertemu jalan Allah, ramah mendapatkan petunjuk Rasulullah SAW serta ramah mendapat kasih suami.

Kitab itu juga mengajarkan kita huruf MIM pada perempuan itu adalah sifatnya yang malu kepada Allah dan kepada Rasul, sayugia setelah ada segan ada silu tentu juga pandai kita memelihara suami dan malu lain
di tempat yang patut kita menaruh malu.

Perempuan itu mengandungi dua huruf FA, dan akan huruf FA kedua membawa erti percaya. Perempuan harus penuh kepercyaan, tidak mengkhianat, tidak kenal ingkar, tidak bercakap dusta-dusta dan ditegah membuka jalan yang haram.

Sedang WAU pula seperti 'syarah bonda ampuan', adalah perempuan itu wangi kerana haruman bidadari di syurga itu kita yang warisi. kerana wangi menyejukkan hati, mendamaikan suami dan terbendunglah kita dari
menyebarkan perkhabaran busuk dan umpat-umpatan berbau bangkai.

Sedang huruf akhir, NUN membawa erti besar iaitu andalan. Seperti permata berharga, perempuan itu memelihara dan mengenal ia baik jahat, dosa dan pahala hingga dapat menjadi andalan dirinya. Yang namanya PEREMPUAN itu ialah insan yang terpercayakan.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter