Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Pandanglah Kehidupan Dengan Hikmah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, August 17, 2009


"Taufik, tahukah kamu, kehidupan manusia ini ada tiga (3)." Tanya seorang haji yang agak berusia.

Melihatkan pada raut wajah dan perwatakannya, kemungkinan berusia lewat 70-an.

"Apa dia itu haji?" Jawab saya pendek.
"Tapi... yang saya tahu, manusia itu pada mulanya di alam roh, kemudian alam dunia dan akhirnya alam akhirat." Tambah saya lagi.

"Ya, betul tu. Tapi bukan yang itu pakcik maksudkan." Jawabnya menafikan.

"Entahlah haji, saya tak tahu pula. Kongsikanlah dengan saya. Saya pun nak juga tahu apakah yang tiga (3) itu." Jawab saya kebingungan.

Senyumnya terukir diraut wajah yang dimamah usia. Sambil terbatuk - batuk kecil, dia membetulkan kedudukannya. Dia mengambil pen yang berada dikocek bajunya. Berkopiah dan mengenakan baju melayu berwarna merah cerah sememangnya menenggelamkan usianya yang sebenar.

"Kamu pernah menulis?'' Tanyanya lagi.

"Menulis? tentulah pernah haji, malah sehingga kini pun saya masih menulis." Jawab saya mengiakan.

Pen berwarna hitam ditangannya dipusingkannya berulang kali untuk menarik perhatian saya. Sambil memandang pen tersebut, dia bersuara semula.

''Pernahkah kamu menulis menggunakan pen? mesti pernahkan? Manusia ni sebenarnya bolehlah diibaratkan dengan sebatang pen."

"Kenapa pula begitu haji?'' Tanya saya.

"Jikalau kamu menulis, lama kelamaan, dakwatnya akan habis bukan? Haji tersebut bertanya sambil menunjukkan pen tersebut.

"Ya tentulah." Jawab saya ringkas sambil tersenyum.

Dia menganggukkan kepalanya. Mungkin kerana mesej yang ingin disampaikan kepada anak muda seperti saya telah hampir berjaya. Ya, tentulah, melalui pertanyaan dan pendekatannya sahaja telah membuatkan saya tertanya - tanya ingin tahu. Terlintas dihati saya pada ketika itu, mungkin pendekatan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sebagai 'secara berhikmah'.

"Lihatlah sesuatu sebagai hikmah" Jelasnya pendek sambil membelek belek pen yang dipegangnya daripada tadi.

"Baiklah taufik, saya jelaskan pertanyaan pertama saya tadi. Kehidupan manusia ini Taufik, ada tiga (3) iaitu jauh, hampir dan sedikit. Jauh maksudnya, jauh perjalanan yang telah kita tempuhi. Hampir pula berkait dengan jauh perjalanan iaitu, apabila semakin jauh perjalanan kita, maka semakin hampirlah kita kepada kematian. Kedua-dua perkara (jauh perjalanan dan hampir kepada kematian) pula berkaitan kepada yang ketiga iaitu sedikit umur yang tinggal. Apabila dah umur 70-an macam pakcik, banyak lagikah umur yang tinggal? Tak... sedikit sahaja. Umur yang ada ini pun subsidi sahaja." Jelasnya secara panjang lebar.

"Oo.. begitu." Saya hanya mampu tersenyum.

"Begitu juga dengan pen, semakin banyak kamu menulis, semakin jauhlah cerita kamu dan semakin hampirlah untuk kamu menamatkan penulisan dan akhirnya, semakin sedikitlah dakwat pen yang telah kamu gunakan." Haji tersebut tersenyum lebar.

" Betul itu haji, maka perjalanan itu diibaratkan kita menulis cerita kita sendiri. Semakin panjang kita menulis, semakin panjanglah kehidupan yang telah dilalui. Maka, kalau begitu, jika baiklah jalan ceritanya, maka baiklah apabila dibacakan di Mahsyar kelak. Bukankah begitu haji?" Saya menambah.

"Betul itu Taufik, ulama nusantara, Professor Hamka pernah menulis,

Orang yang ingat kematian dengan akal dan hikmahnya, tidak ubah seperti orang yang ingin menunaikan haji. Selama dalam perjalanannya, dia tidak lupa bahawa dia akan menunaikan haji, dihafalnya manasik, disediakan bekalan dan belanja, jangan sampai hajinya kecewa. (Prof Hamka)



"Begitulah kita, pandanglah sesuatu kehidupan dengan hikmah, ingat tentang kematian dan buat persediaan untuk menghadapinya" Kata-kata terakhir haji sebelum berlalu pergi sambil menepuk bahu saya.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter