Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Jangan Benci Kepada Takdir

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, April 21, 2008 0 comments

SESEORANG meminta kepada Allah supaya hidup berkat dan selamat, lalu Allah memilih untuknya takdir yang terbaik. Tetapi dia marah dan enggan menerima takdir Allah, dengan berkata: "Mengapa Tuhan memberiku harta yang sedikit sedangkan saudaraku yang lain kaya raya? Tuhan tidak adil! Na'uzubillah.

Sepasang suami isteri lama berkahwin, berbelas-belas tahun menanti kehadiran anak. Sedangkan jiran mereka mempunyai sembilan anak perempuan. Akhirnya mereka pun dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel. Ketentuan Allah tiba, bayi mereka meninggal kerana sakit kuat. Ayah memandang langit mencari jawapan atas takdir Tuhan, dia berkata: "Mengapa tidak Engkau ambil anak mereka yang ramai itu, malah anak kami yang seorang juga yang Engkau mahu, di mana keadilan-Mu ya Tuhan? Na'uzubillah.

Membenci takdir boleh membawa kepada kekufuran. Membenci maksudnya marah, tidak suka, menolak, menyatakan tidak puas hati dan yang paling ringan ialah mengeluh tanda tidak selesa.

Sebaik-baik orang yang mencinta ialah dia reda dengan perbuatan kekasihnya. Apakah perbuatan Allah semuanya baik untuk makhluk-Nya? Ya! Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya melainkan mereka memilih kezaliman itu sendiri. Ada hikmah di sebalik musibah dan mesti ada kebaikan yang masih tersembunyi bagi mereka yang reda dan sabar. Segala takdir manusia itu berada pada ketentuan ilmu Allah, tiada seorang hamba pun mengetahui rahsia takdir Allah.

Kisah di dalam surah al-Kahfi banyak memberi pengajaran kepada diri kita. Kisah ilmu Allah dikurniakan kepada Khidr, beliau memiliki pengetahuan luas tentang qada dan qadar Allah kepada makhluknya.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari yang mafhumnya: "Ketika Nabi Musa berucap kepada kaumnya, seorang bertanya: Adakah sesiapa di muka bumi ini yang lebih ilmunya daripada tuan? Nabi Musa menjawab: "Tidak ada." Lalu ditegur oleh Allah: "Ada seorang hamba-Ku yang lebih ilmunya daripada kamu."

Kemudian Nabi Musa menghadap Khidr untuk berguru kepadanya. Dalam perjalanan mereka berdua berlaku beberapa perkara pelik yang dilakukan oleh Khidr. Yang pertama beliau membocorkan perahu milik orang miskin, kedua membunuh seorang pemuda dan ketiga membangun tembok yang hampir runtuh tanpa meminta upah pada hal di bandar itu penduduknya amat bengis terhadap mereka berdua.

Perbuatan Khidr jika dilihat dengan mata kasar amat menggusarkan hati Nabi Musa. Beliau sedih dan terkejut menyaksikan perbuatan Khidr itu. Musa menegur Khidr supaya dia menerangkan hikmah di sebalik peristiwa itu. Khidr rasa sampailah waktu perpisahannya dengan Musa.

Dia berkata melalui firman Allah bermaksud: "Adapun perahu itu, ia adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut. Oleh itu aku bocorkan dengan tujuan mencacatkannya. Kerana di belakang mereka ada seorang Raja yang mahu merampas setiap perahu yang tidak cacat. Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan zalim dan kufur.

“Kami berharap supaya Tuhan menggantikan bagi mereka anak yang lebih baik darinya, yang bersih jiwanya dan mesra kasih sayangnya. Adapun tembok itu, ia dimiliki oleh dua anak yatim di bandar itu yang di bawahnya ada harta terpendam dan bapa mereka pula orang yang salih. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai suatu rahmat dari Tuhan, dan aku tidak melakukannya menurut pemikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan mengenai maksud dan tujuan perkara yang engkau (Musa) tidak dapat bersabar mengenainya." Surah al-Kahfi: Ayat 79-82.

Demikian rahsia ilmu Allah yang maha luas dan maha dalam. Tiada seorang makhluk pun boleh memahami semuanya dengan tepat. Qada dan qadar Allah itu semuanya baik belaka. Itulah pilihan Allah untuk kita. Hasan al-Basri pernah berkata: Wahai anak Adam, Musa menegur Khidr sebanyak tiga kali, sehingga Khidr berkata: "Inilah saat perpisahanku denganmu." Itu yang dilakukan oleh Khidr kepada Musa, maka bagaimanakah dengan Tuhanmu yang kamu menentangnya berulang kali dalam sehari? Apakah kamu tidak takut Tuhan akan berkata: Inilah saat perpisahan-Ku denganmu.?"

Sikap yang terbaik adalah akur dan reda atas apa saja ketentuannya. Tetapi jangan bersikap menyerah kepada takdir tanpa berikhtiar kerana itu adalah penipuan yang berbahaya. Syarat reda mestilah dengan ikhtiar. Hal ini pernah terjadi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.

Beliau dan tenteranya hendak memasuki suatu bandar di Syria. Tetapi tertahan oleh wabak menular yang menyerang bandar itu. Panglima tenteranya, Saidina Abu Ubaidah berkata: Apakah tuan lari daripada qada Allah? Umar menjawab: "Ya, kita lari daripada qada Allah kepada qadar Allah juga."

Makna qada adalah ketentuan yang terjadi dan qadar adalah ketentuan belum terjadi. Untuk itu ikhtiar adalah wajib bagi mereka yang mengaku reda atas ketentuan Allah Dan jangan sekali-kali memilih atas apa yang Allah pilihkan untuk hidup kita.

Sabda baginda bermaksud: "Apabila kamu ditimpa musibah janganlah kamu katakan: "Sungguh seandainya saya berbuat begini, nescaya akan jadi begini dan begini, tetapi katakanlah: Ia semua ketentuan Allah dan apa-apa yang Dia kehendaki pasti terjadi, sesungguhnya ungkapan 'seandainya' itu membuka peluang bagi perbuatan syaitan." Hadis riwayat Imam Muslim.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Transformasi Diri Sendiri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

1.Tingkatkan rasa penghargaan kendiri. Iaitu dengan cara menerima diri tanpa syarat. Kita dapat menerima diri kita terutamanya keadaan fizikal yang sedia ada dengan reda dan kita patut bersyukur atas kejadian fizikal kita yang nengandungi hikmah yang nikmatnya tidak terhitung banyaknya. Dengan cara ini kita akan mula menyayangi, menerima dan menghormati diri kita.

2.Harga diri juga dapat ditingkatkan melalui cara penampilan diri kita iaitu cara kita berpakaian. Imej pakaian anda menjadikan anda begitu teruja dan akan mengikiskan rasa malu kerana penampilan berpakaian yang akibatkan kita rasa rendah diri. Belajarlah cara berpakaian mengikut situasi tertentu supaya anda kelihatan menarik dan anggun. Dengan cara ini anda tidak akan malu dengan penampilan diri yang baru.

3.Jika anda malu untuk berkomunikasi maka anda hanya perlu belajar cara yang betul untuk meningkatkan kelancaran pertuturan dan mesej penyampaian anda secara verbal dan non verbal iaitu lisan dan bukan lisan. Bukan lisan adalah seperti nada suara, mimik muka, gerakan tangan, kaki , bahu dan badan anda serta jarak yang sesuai. Penyampaian mesej yang berkesan akan meningkatkan penampilan diri anda . Mereka akan kagumi anda dan seterusnya keyakinan baru ini meningkatkan rasa percaya diri yang dapat menghilangkan rasa malu.

4. Hentikan mengkritik diri anda secara negatif. Kritikan perlu dibuat sebagai panduan untuk membina kredibiliti anda. Sebagai contoh anda mengkritik diri anda sukar untuk mudah mesra , maka anda perlu bertanya pada suara hati anda bagaimanakah caranya saya dapat meningkatkannya. Apa sahaja bicara diri yang menidakkan kebolehan anda maka anda perlu bertanya dan terus bertanya supaya anda dapat meningkatkannya.

5. Jaga setiap kata-kata bicara negatif sama ada dari diri anda atau pun bicara luaran yang menidakkan kebolehan anda. Setiap kali berlaku penafian kebolehan anda maka apa yang perlu dilakukan adalah berikan cabaran pada diri anda ialah ucapkan terima kasih dan mulai perbaiki dan tingkatkan diri anda pada mana-mana kelemahan yang ada. Cari cara-cara bagaimana anda dapat meningkatkan diri anda dan seterusnya laksanakan program tersebut.

6 Iktirafkan segala pencapaian anda walau sekecil manapun. Ulangi ucapan kata-kata pujian dan syukur pada Allah atas pencapaian kejayaan anda. Sebutkan selalu sehingga melekat di sanubari anda.

7. Bicara diri positif dapat meningkatkan rasa percaya diri bagi mengikis rasa malu
Katakan pada diri anda secara berulang-ulang apabila ada sesuatu perkara yang ingin anda lakukan bahawa anda pasti dan mesti melakukannya.

8. Bergaul selalu dengan orang-orang berjaya bukan untuk dibuat perbandingan yang boleh menjadikan anda semakin malu tetapi belajar dan perhatikan personaliti orang berjaya sebagai panduan kepada anda membina rasa hebat diri.

9. Raptai mental perlu dilakukan supaya anda sentiasa dapat 'melihat' diri anda yang hebat da dikagumi oleh orang sekeliling. Buat latihan berulang kali pada setiap perkara yang anda ingin lakukan . 'Lihat' dulu peristiwaa tersebut sebagaimana yang anda inginkan supaya anda dapat melakukan yang terbaik apabila situasi itu anda lakukan nanti.

10. Berikan cabaran pada diri anda untuk melakukan perkara yang anda takut kerana inilah cara terbaik untuk anda mengatasi rasa malu. Pengalaman-pengalam an hebat yang anda lalui akan dapat membina rasa percaya diri bagi atasi rasa malu.

11. Ingat! Setiap orang adalah hebat dan unik. Sentiasa rasakan anda orang yang penting dan sesiapa sahaja orang yang anda temui adalah penting. Jadi dengan cara ini anda tidak akan rasa malu kerana harga diri anda telah anda tingkatkan dari masa ke semasa.

12. Akhir sekali berdoalah pada Allah untuk hindari rasa malu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter